Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Saya Nak Kami Berdua Bahagia…”- Hunny Madu Bercerai Kerana…

Syafiqah Jalal 07/11/2019 | 12:53 MYT
Pengacara dan penyanyi, Hunny Madu mendedahkan keputusan untuk bercerai dengan bekas suaminya, Khairul Azhar Abdul Wahid dibuat supaya kedua-dua pihak berpeluang mengecapi bahagia.
Pun begitu, Hunny berkata kepada HLive mereka masih berhubung untuk memberi yang terbaik buat kedua-dua anak mereka, Eva Medina, 7, dan Adam Musa, 2.
“Terus-terang saya bahagia dengan status saya sekarang kerana sebelum ini saya dapat rasa kehidupan saya tak bahagia. Justeru, saya tak mahu menipu diri saya sendiri.
“Perceraian ini atas persetujuan bersama kerana kami sangat matang dalam hal ini. Lagipun kami tak nak menipu diri masing-masing dan saya nak kami berdua bahagia.
“Bagaimanapun, saya masih jadi ibu terbaik untuk anak-anak kami begitu juga dengan dia.
“Saya pun sudah memberi ruang untuk diri saya pulih dan meneruskan hidup seperti biasa,” katanya.
Hunny mendedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suaminya, Khairul Azhar Abdul Wahid pada pertengahan bulan lalu.
Menurutnya, Khairul telah menjatuhkan talak pada Oktober tahun lalu dan semenjak itu, mereka tinggal berasingan.
Terdahulu, Hunny atau nama sebarnya, Hani Farhana Mohd Hatim itu mendirikan rumah tangga dengan bekas suami pada tahun 2010.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Anak #cerai #Hunny Madu #Pengacara
;