,
Hiburan

"Saya Nak Kongsi Yang Bukan Mewah..." - Tunjuk 'Baki' Duit Dalam Akaun, Cara Aaron Aziz Beritahu Artis Juga Manusia Biasa

Badrul Hashim
02/11/2020
11:30 MYT
Terlalu ramai yang menganggap kehidupan sebagai seorang artis penuh dengan kemewahan. Mungkin benar untuk segelintir daripada mereka, tetapi pastinya tidak semua.
Seperti pekerjaan-pekerjaan tidak tetap lainnya, menjadi seorang artis memerlukan kerja keras untuk saling bertanding merebut peluang, tidak kiralah sebagai penyanyi, pelakon, pengacara, pemuzik dan yang bekerja di belakang tabir.
Mungkin itu yang hendak dikongsikan secara simbolik oleh pelakon dan produser Datuk Aaron Aziz apabila dia berkongsi satu entri menunjukkan 'baki' di dalam satu akaun bank.
"Ramai orang suka tayang kemewahan. Saya nak kongsi ke tak mewahan. Artist pun manusia biasa. Cari rezeki sama jugak.
"Bagi tips sikit boleh order makan apa eh dengan RM40 untuk 4 orang?" tulisnya yang cukup terkenal dengan tanda pagar yang digunakan untuk menyampaikan maksudnya seperti #Abgcumanakbagisemangat, #Abgbagikatanak, #AbgbagikatMakygtengahsakit dan lain-lain lagi.
Biarpun secara simbolik dan ada sedikit nada bergurau, ternyata ramai peminat yang meninggalkan komen seolah-olah faham apa yang cuba disampaikan oleh pelakon kacak ini.
Bulan lalu Aaron berkongsi rasa berat hati untuk melepaskan anak sulungnya Danish Anaqi, 16, menyampung pelajaran ke Jepun.
Baca: Aaron Aziz Berat Hati, Anak Sulung Sambung Belajar Di Jepun
Aaron yang mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata, Dwi Ariana, 14, dan Dahlia Arissa, 10.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah membidas tindakan sesetengah warganet yang bertindak mempertahankan isu Abang Bas yang tular baru-baru ini.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

gempak
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.
Hiburan

Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

gempak
01/09/2024
05:52 MYT
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menzahirkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.