,
Hiburan

"Saya Nak Makan Manis Hari-Hari Sehingga..." - Fattah Amin Kongsi 'Tempias' Dari Kehamilan Fazura

Asraf Aided
16/08/2020
10:56 MYT
Aktor popular, Fattah Amin berkongsi pengalaman mengalami perubahan selera makan ketika usia kandungan isterinya, pelakon Nur Fazura memasuki bulan kelima baru-baru ini.
Namun menurut Fattah, dia tidak mengalami alahan teruk dan hanya mahu makan makanan manis setiap hari.
"Sewaktu usia kandungan Fazura memasuki bulan kelima, saya ada mengalami sedikit perubahan, saya tahu ada orang cakap, kalau isteri tak mengalami alahan, mungkin kena pada suami.
"Namun apa yang saya alami tidaklah teruk, saya cuma bertambah selera makan sahaja, ketika itu, hari-hari saya mahu makan makanan manis.
"Sampailah bila tiba waktu saya mahu jalani penggambaran, saya sedar muka saya lebih bulat dari biasa," selorohnya.
Fattah berkata demikan ketika ditemui di sesi penggambaran Kempen Saya Anak Malaysia 2020 di Dataran Merdeka petang tadi.
Kempen ini merupakan satu inisiatif kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara dan Universiti Utara Malaysia untuk terus memartabatkan perpaduan di negara kita sempena Hari Malaysia tidak lama lagi.
Tambah Fattah, dia kini berasa teruja dan pada masa yang sama gementar untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya itu.
"Sekarang kehamilan isteri saya sudah masuk bulan yang ketujuh, insya-Allah dia akan bersalin sekitar bulan Oktober ini, sikit masa sahaja lagi.
"Saya rasa teruja dan pada masa yang sama gementar kerana ini pengalaman pertama saya menyambut kelahiran cahaya mata, saya harap para peminat mendoakan agar segala urusan saya dan Fazura dipermudahkan oleh Allah SWT," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Jangan Sentuh Perut Tanpa Kebenaran” - Tyra Kamaruzzaman Kurang Selesa, Ada Individu Suka Hati Datang Pegang Baby Bump

gempak
04/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman akui kurang selesa dengan tindakan segelintir orang awam yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.
Hiburan

“Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu

gempak
03/09/2024
13:12 MYT
Teka-teki netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil.
Hiburan

Dituduh Mandul & Diganggu Semasa Proses IVF, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Keluarkan Bukti - “Aku Bukan Tak Boleh Bagi Waris..”

gempak
02/09/2024
06:55 MYT
Tidak tahan dituduh mandul oleh segelintir pihak, isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina Jamari tampil memuatnaik bahan bukti.
Hiburan

Belum Reda Isu Rogol, Wanita Dedah Diganggu Da’i Syed Ketika Isteri Sarat Mengandung, Siap Ajak Ikut Pergi Dubai?

gempak
01/09/2024
07:03 MYT
Belum pun reda kisah bersalah rogol wanita, timbul pula satu lagi pendedahan mengejutkan di media sosial membabitkan pendakwah Da’i Syed.
Hiburan

Syasya Rizal ‘Like’ Komen Pengikut Teka Sedang Berbadan Dua?

gempak
01/09/2024
01:04 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan bekas ahli kumpulan DOLLA Syasya Rizal.