Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Saya Nak Tolong Mak Sebab Ayah Dah Meninggal" - Kongsi Video Anak Kecil Jual Tisu, Paknil Buat Netizen Menangis

Zulaikha Yusof
22/01/2020 00:34 MYT
Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi memuat naik sebuah rakaman video bersama seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menjual tisu.

Video tersebut menunjukkan Aznil atau lebih dikenali dengan Paknil membantu dengan membeli kesemua jualannya.

"Lepas beli semua, Paknil suruh anak itu balik terus. Jangan merayau-rayau lagi.

"Terhibur Paknil dapat usik si kecil ini. Sememangnya kejujuran mereka menghiburkan.

"Sesiapa jumpa anak ni di Johor Bahru, cakap kat dia Paknil kirim salam dan bagitau dia yang dia dah popular!" tulisnya di Instagram (IG).

Rata-rata pengikut Paknil mula sebak selepas mendengar pengorbanan anak kecil ini demi membantu ibunya.

"Berapa ni?" tanya Pak Nil.

"Ikut suka nak bayar berapa. Saya nak tolong mak sebab ayah dah meninggal," jawab kanak-kanak itu.



Dalam pada itu, Paknil mempelawa penerbit yang memerlukan pelakon kanak-kanak untuk mengambil anak kecil itu bekerja.

"Kalau ada penerbit nak pelakon kanak-kanak, tolong ambik anak ini, Paknil rasa macam dia ada bakat yang semulajadi la.

"Suara bercakap pun sedap dan lembut. Semoga Allah menjaga mu anak," tulisnya lagi.

Lepas beli semua, #paknil suruh anak itu balik terus. Jgn rayau2 lagi. Terhibur Paknil dapat usik si kecik ini. Sememangnya kejujuran mereka menghiburkan. Sesiapa jumpa anak ni di JB, cakap kat dia, Paknil kirim salam dan bg tau dia yg dia dah popular! Kalau ada produser nak pelakon kanak2, tolong ambik anak ini, Paknil rasa mcm dia ada bakat yg semulajadi la. Suara bercakap pun sedap dan lembut. Semoga Allah menjaga mu anak ❤️ ? @acmalibrahim @zahar.nathan

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

#Paknil #Anak Kecil Jual Tisu
;