,
Viral

"Saya Nasihatkan Jangan Tengok Sebab Memang Tak Elok!" - Pakaian Macam Berbogel, Stacy Tampil Jawab Kritikan Pedas Netizen

Amri Hassan
22/09/2019
22:39 MYT
Penyanyi Stacy Anam tampil menjawab kritikan pedas netizen terhadap penampilannya pada pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) malam tadi yang terlalu mencolok mata.
Kata pemilik nama Ummu Syaikhah Stacy Anam, 29, perkara yang terjadi di pentas tersebut tidak disengajakan.
"Semua orang pasti ada hari-hari yang tidak dijangka dan tidak diingini berlaku kan? Malam tadi benda itu terjadi pada saya.
"Kain seluarnya tebal dan longgar dan warnanya pula kuning tapi tak sangka pula apabila membuat persembahan atas pentas dengan pencahayaan, pergerakan dan macam-macam, benda jadi lain," kata Stacy menerusi kemas kini akaun Instagramnya.

Semua orang pasti ada hari-hari yang tidak dijangka dan tidak diinginkan berlaku kan?? Tadi benda tu jadi pada saya. Kain seluarnya tebal dan longgar dan warnanya pula kuning tapi x sangka pula bila perform atas stage dengan lighting,pergerakan dan macam2 benda jadi lain.??‍♀️ Nak komen tu janganlah ada yang melampau sangat. Saya ada suami dan keluarga juga tapi tu lah nasib menjadi manusia bekerja dalam line begini memang risiko kan. Confident ja menghibur orang dengan sehabis tenaga tapi lain pula jadinya? X boleh buat salah atau x sengaja. Silap ja habis dilabel wanita akhir zaman Astaghfirullahalazim... Ya lah orang yg komen hebat sebegitu memang x pernah buat salah kali mungkin tapi kasihanilah manusia yang dapat hari x best ni. Niat nak semangat untuk kembali bekerja mencari rezeki sahaja dan semua saya buat dalam kadar yang termampu dan ikhlas tapi bila jadi begini dengan sadisnya mulut2 Manusia Penghukum ni saya rasa sakit sangat pada suami dan keluarga. Jangan babit saya punya Darling ok guys.. Dia pun busy bekerja dan focus dalam kerja dia. Semua foul dan hal yg x kena pun semua dari saya saja tauu. Kadang rasa dah nak stop dalam line ni tapi belum ada rezeki masa yg sesuai dan kemampuan dalam hal sebegini. Saya nasihatkan jangan tengok lah benda yang menyakitkan mata ni sebab memang x elok guyss? Biarlah niat awal masing-masing tu kami tau kemana dan hanya di atas yang tau dan menentukannya. Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitnah dan fikir macam2?? Yang terus nak bawang ngumpat saya harap gigi anda makin jongang okayyy? Terima kasih kepada yang nampak effort performance saya tadi Thank you @teamsgs datang support tadi❤️dan Goodnight sekarang saya nak khayal terbang ke Bulan untuk lepas stress dulu. Love semua and Assalamualaikum...? #tidurnangissambildengarlagukhayal #ujiandandugaan #justbetrue

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam) on

Stacy menghiburkan penonton dengan mendendangkan lagu terbaharunya Khayal dengan menyarung body suit berwarna nude berenda hitam dan dihiasi motif floral.
Busana rekaan Hasfitri Yusof itu bagaimanapun mendapat kecaman ramai apabila didakwa terlampau seksi seolah-olah Stacy sedang berbogel di atas pentas.
"Nak komen tu janganlah ada yang melampau sangat. Saya ada suami dan keluarga juga tapi itu lah nasib menjadi manusia bekerja dalam bidang begini memang risiko kan.
"Penuh yakin menghiburkan orang dengan sehabis tenaga tetapi lain pula jadinya. Tak boleh boleh buat salah atau tak sengaja, silap saja habis dilabel wanita akhir zaman.
"Niat nak semangat untuk kembali bekerja mencari rezeki sahaja dan semua saya buat dalam kadar yang termampu dan ikhlas tapi bila jadi begini dengan sadisnya mulut-mulut manusia penghukum ini saya rasa sakit sangat pada suami dan keluarga.
"Jangan melibatkan 'darling' (Akim) saya okey. Dia pun sibuk bekerja. Semua silap dan hal yang tak kena datang dari saya saja.
"Kadang-kadang rasa dah nak berhenti dalam bidang ini tetapi belum ada rezeki masa yang sesuai dan kemampuan dalam hal sebegini," tambahnya.
Stacy turut memohon maaf seandainya aksi dan busana yang dipakainya pada majlis itu mengundang rasa kurang senang kebanyakan pihak.
"Saya nasihatkan jangan tengoklah benda yang menyakitkan mata ni sebab memang tak elok.
"Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitnah dan fikir macam-macam," ujar Stacy lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Unitar