Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Saya Nekad, Jangan Hanya Merungut...Lakukan Sesuatu!" - Tiara Jacquelina

Asraf Aided 08/10/2019 | 10:04 MYT
Penerbit, pelakon dan pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina berkongsi foto potongan akhbar yang menampilkan kisah kerjayanya sekitar tahun 1994.
Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Potongan akhbar itu turut menceritakan telemovie pertama diterbitkan Tiara iaitu Boneka yang diarahkan oleh Meor Hashim Manap.
Menurut Tiara, ketika itu dia mula sedar yang dia hanya mahu berlakon dalam projek yang turut melibatkannya sebagai penerbit atau orang penting di belakang tabir sahaja.
"Not long after Ringgit Kasorgga, saya telah terbitkan telemovie, hasil kerja pertama saya yang bertajuk Boneka, diarahkan oleh Meor Hashim Manap.
"Dari situlah saya menyedari yang saya hanya mahu berlakon dalam projek yang melibatkan saya sebagai orang yang boleh mengawal kualiti dan kreativiti produksi," tulisnya sebagai kapsyen.
Tambah Tiara, ketika itu juga dia bernekad untuk menyumbang jasa kepada dunia lakonan tanah air.
"Saya juga sedar yang saya boleh menyumbang jasa kepada industri TV dan Filem tempatan jika saya mengutamakan kualiti dari pihak produksi.
"Masa ni orang complain kata filem dan drama kita tiada standard, jadi, saya bernekad, jangan hanya merungut dan bercakap-cakap, lakukan sesuatu," tulisnya mengakhiri kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Tiara dan berasa kagum dengannya.

Bayi comel dalam gambar ni anak one of the Kit Kat Klub @emmabidin. Dah besar panjang dah sekarang orangnya. Hello Haikal??? Not long after Ringgit Kasorgga, I produced my first #Telemovie, my first "baby" entitled Boneka - directed by @meor_hashim_manap. That was the point when I realised I only want to act in projects where I'm in control of the production quality and creative. And I realised that I could contribute much more to shaping the TV/Film industry if I started to produce quality content. Masa ni, orang dok complain kata filem dan drama kita tak de standard. So, saya bernekad - don't just complain and talk, talk, talk. Roll your sleeves up and DO SOMETHING. #TiaraJRetrospective #MyHumbleBeginnings #HerStory

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina) on

Antara penglibatan Tiara yang sentiasa diingati adalah penglibatannya sebagai penerbit, pelakon dan penyanyi dalam filem Puteri Gunung Ledang, menerbit dan mengarahkan teater Ola Bola The Musical dan banyak lagi.
#Tiara Jacquelina
;