Dari kecil Dato' Rizalman sememang suka menghias rumah, malah lebih awal daripada minatnya untuk mereka fesyen. Pada Live Story di Instagramnya, dia berkongsi tentang minat tentang menghias rumahnya, dan betapa pentingnya menghias dan menjaga rumah.

Pada beliau, rumah adalah tempat bersama keluarga dan perlu dijaga sebaik mungkin. Tambah Rizalman lagi, dia mengumpul duit selama 30 tahun untuk membuat rumah yang ada sekarang ni.

Terlalu banyak perkongsian peribadi tentang kehidupan oleh Dato' Rizalman dengan pengikut-pengikutnya di Instagram melalui Live Story tersebut.

Daripada kehidupan awalnya, hinggalah tentang hasrat kematian turut dikongsi Rizalman. Banyak nasihat, pesanan dan pelbagai lagi turut diceritakan.

Ada satu bahagian daripada Live Story di Instagramnya, Dato' Rizalman berkongsi tentang minatnya dengan pinggan mangkuk, serta yang baru diterimanya.

posa pon dak lagi, pinggan ghaya cek da sampai siap2 dah. @rimaison

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


Menurut Dato' Rizalman, pinggan mangkuk yang dibelinya adalah ditempah khas dan mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan.

elok dah depa dok tunggu dalam lemari tak sabaq nak ghaya . . . available at @rimaison upon request @cartujadesevilla

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


"Pinggan mangkuk tersebut saya order dari Spain dan ambil masa setahun setengah baru siap sebab nak letak nama, reka semua. Harga dia dalam RM110,000," kata Rizalman dalam loghat utaranya.

Dia turut berkongsi dengan pengikutnya melalui Insta Story suasana di rumahnya yang dihias sendiri mengikut citarasanya.

Sememangnya terlalu banyak kisah dan perkongsian berguna, yang diceritakan oleh Dato' Rizalman bersama pengikut-pengikut yang pengikuti Live Story beliau di Instagram.

Kredit Gambar: Instagram