“Saya Pakai Bila…”- Dedah Emas Di Badan Bernilai RM200,000, Ifa Raziah Jawab Dakwaan Barang Tiruan
Syafiqah Jalal
18/04/2022 02:48 MYT
18/04/2022 02:48 MYT
Pelakon dan pengacara, Ifa Raziah mendedahkan barang kemas yang terletak pada tubuhnya bernilai hampir RM200,000.
Kata Ifa, perhiasan emas ditubuhnya itu tidak digayakan selalu dan hanya dipakai ketika ke acara tertentu.
“Rantai sahaja dalam RM100,000, gelang saya yang satu RM60,000 dan sebelah lagi RM15,000. Cincin berlian ni lain lah pula kiranya.
“Saya ini bukannya tiap-tiap hari pakai barang kemas begini. Cuma saya akan pakai bila masa majlis atau program tertentu sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.
Ifa ditemui pada malis sidang media program tersebut yang diadakan di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Khamis lalu.
Dalam pada itu, Ifa turut memberitahu dia tidak bimbang memperagakan barang kemas nilai ratusan ribu ringgit itu kerana mempunyai lima orang bodyguard atau pengawal yang bersamanya.
“Saya ada lima orang pengawal peribadi yang akan pantau keadaan sekeliling apabila saya keluar dengan mengayakan barang kemas begini,” beritahunya.
Ditanya apabila ada dakwaan yang mengatakan barang kemas yang digayakan adalah tiruan, Ifa tidak menghiraukannya.
“Mungkin saya tidak tunjukkan duit yang banyak atau memiliki kereta mewah, tetapi dengan ada barang kemas begini ia merupakan satu cara pemasaran supaya orang melihat kejayaan saya.
“Jika ada yang kata saya pakai barang tiruan… biarkanlah. Apa yang penting masing-masing hidup bahagia,” jawabnya.