Pelakon Emma Maembong akui dia tidak suka keluar dan pergi membeli belah terutama pakaian.
Menurut Emma, kebiasaannya dia hanya membeli belah secara online sahaja.

“Sebenarnya saya ni paling tak suka ‘shopping’, lagi-lagi pilih-pilih baju di kedai.

“Biasanya memang buat online shopping sahaja. Tapi orang kata sekali sekala perlu juga keluar dan buat pembelian secara langsung. Barulah ada pengalaman yang berbeza,” katanya.

Emma berkongsi perkara tersebut di dalam program realiti The House musim pertama dalam episod 9 yang pernah ditayangkan pada tahun 2016.

The House 1 menyingkap kehidupan tiga beradik selebriti popular, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong menerusi sebuah program realiti digital.

Menerusi The House, peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara keluarga Maembong.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.

Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!