Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Saya Patut Beri Contoh Yang Lebih Baik” - Isu Langgar SOP Perkahwinan & Rentas Negeri, Neelofa Mohon Maaf

Azwa Rahman 09/04/2021 | 06:28 MYT
Pengacara dan usahawan fesyen Noor Neelofa tampil memohon maaf di atas kealpaanya berhubung dua isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sewaktu majlis perkahwinannya dan merentas negeri ke Langkawi.
Menurut Neelofa, dia, suami, Haris Ismail bersama ahli keluarga masing-masing telah selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung dua isu terbabit.
“Ada pelbagai versi cerita di luar sana berkaitan dengan dua isu ini dan saya seikhlas hatinya memohon maaf atas segala kesalahan SOP yang dalam pengetahuan saya ataupun di luar pengetahuan saya tentang isu ini.
“Saya dan suami mengakui dan menerima hati yang terbuka segala keputusan dan tindakan daripada pihak berkuasa. Sekali lagi saya nak memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti tentang hal ini dengan semua,” jelasnya menerusi sebuah video yang dihantar kepada Gempak.
Tambah Neelofa lagi, dia sepatutnya memberikan contoh teladan yang lebih baik kepada semua pihak terutama pengikutnya.
“Ada banyak perkara yang saya terlepas pandang dan saya patutnya memberi contoh yang lebih baik mengenai hal itu,” ujarnya lagi.
Di samping itu, Neelofa turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam.
“Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang terbaik untuk kita semua, sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan mendapat ketenangan serta keberkatan,” katanya.
Sekitar minggu lalu, Neelofa dan suaminya Haris Ismail mencetuskan kekecohan apabila sekeping foto tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
Selain itu, kunjungan mereka ke Pulau Langkawi atas urusan kerja juga tular di media sosial apabila gambar pasangan tersebut kelihatan seperti bercuti.
Pada 27 Mac lalu, Neelofa, 32, dan Haris, 26, selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
#Neelofa #PU Riz #Langgar SOP #Rentas negeri Langkawi
;