Hiburan

“Saya Pelawak, Nak Marah Orang Ni Bukannya Mudah, Tapi.....” - Lan Pet Pet Mohon Maaf

Rozaimi Zubaidi
30/04/2019
09:53 MYT
Pelawak Lan Pet-Pet mengakui kesal dengan tindakkan yang dilakukannya dengan memukul pengawal keselamatan, Yahya Manap (Pak Ya) di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Menurut Lan, perkara yang berlaku itu adalah diluar kawalannnya dan menyesal dengan apa yang terjadi.
“Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada Pak Ya diatas tindakan yang dilakukan oleh saya itu.
“Sebenarnya saya pelawak, nak marah orang ni bukannya mudah tapi hari tu nak dijadikan cerita Allah nak jadikan asbab perkara itu terjadi.
"Kesedaran saya timbul apabila berada di penjara selama sehari dan perkara itu membuatkan saya menyesal atas tindakan yang dilakukan.
“Jadi saya mahu membawa Pak Ya dan isteri menunaikan ibadah umrah pada bulan Disember ini.
“Saya berharap agar orang ramai dapat menghentikan kecaman terhadap saya dan keluarga kerana saya sudah menyesal dengan apa yang berlaku,” katanya kepada Gempak.
Lan berkata demikian ketika ditemui pada majlis ‘Maafkan Kami’ Lan Pet Pet bersama Pak Ya di I-Cafe Bikestation Food Court, Shah Alam, Selangor pada Selesa.
Sebelum ini, pengawal keselamatan, Yahya Manap, 68, atau Pak Ya telah menamatkan persengketaan dengan Lan Pet Pet apabila mereka bersemuka pada 23 April lalu.
Dalam pertemuan hampir dua jam yang dihadiri keluarga dan sahabat baik kedua-dua pihak, permohonan maaf Lan Pet Pet disambut Pak Ya dengan hati terbuka.
Terdahulu pada 15 April lalu, Mazlan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul Pak Ya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.
Lat Pet Pet mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof atas kesalahan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati pada 6 April lalu.
Pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu membayar denda diputuskan mahkamah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Tengok Sekali Mungkin Tak Nampak Tapi..” - Yassin & Apek Jawab Kenapa Lan Pet Pet Tiada Dalam Jaga-Jaga Senariounion!

gempak
25/04/2022
08:00 MYT
Alamak! Betul ke tu
Laman Utama

“Kami Tetap Telefon Dia Tapi…” - Lan Pet Pet Tak Join Filem Baru Senariounion? Ini Respon Aziz M Osman!

gempak
24/12/2021
01:30 MYT
Rupanya ini sebab Lan Pet Pet tak join!
Laman Utama

“Pasal Benda Ni, Orang Maki Mak Dan Arwah Bapa Saya” - Lan Pet Pet Tampil Jelaskan 'Insiden' Rakaman Jual Beli 'Barang Terlarang'

gempak
13/08/2021
09:10 MYT
Jangan buat andaian sesuka hati.
Laman Utama

“Saya Tegur Bahaya Guna Handphone Masa Tunggang Motosikal, Tapi Dimaki & Diprovoke Pula…” – Lan Pet Pet

gempak
05/05/2021
23:20 MYT
Kan dah jadi salah faham, gara-gara tukang rakam yang menyebar tanpa usul periksa!
Berita

Buat ‘Comeback’, Senario Kini Mahu Dikenali Sebagai Senariounion

gempak
21/05/2020
11:14 MYT