Laman Utama

“Saya Penakut, Anggap Bukan Hantu Sebenar” - Berlakon Di Pulau, Sabronzo Dolla Syukur Tak Ada Kejadian Mistik Berlaku

Mya Amri
18/01/2023
02:24 MYT
Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo teruja apabila mendapat peluang untuk mengembangkan bakat lakonannya dalam filem berjudul Pulau.
Pertama kali beraksi untuk layar perak, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli akui membintangi filem seram itu adalah peluang yang dinanti-nantikan.
Berkongsi pengalaman berlakon dalam Pulau, Sabronzo berkata dia seorang yang penakut namun berjaya mengatasi perasaan itu demi tuntutan wataknya sebagai Yaya.
“Saya adalah orang yang penakut, tetapi, untuk menjayakan filem ini, saya anggap bahawa ini adalah filem dan bukan hantu yang sebenar.
“Alhamdulillah, tak ada sebarang perkara mistik atau menakutkan yang menimpa saya sepanjang penggambaran.
“Apa yang boleh saya katakan, ia adalah pengalaman menyeronokkan untuk terbabit dalam filem ini kerana ini adalah filem pertama lakonan saya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Tambah Sabronzo lagi, pembabitannya dalam filem Pulau arahan Euho itu juga membuka peluang untuknya melakukan pelbagai aktiviti yang belum pernah dilakukannya.
“Watak saya sebagai Yaya, seorang gadis yang suka mengusik orang dan ada ketikanya, boleh dikatakan sebagai seorang yang suka mencari masalah.
“Banyak juga benda yang saya tak pernah buat, saya buat sewaktu menjalani penggambaran filem ini contohnya, menyelam. Itu memang mencabar.
“Tapi, semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan yang serius. Kalau ada pun, setakat calar balar memandangkan, dalam laut ada terumbu karang dan sebagainya. Tapi, semuanya okay,” katanya.
Bersedia menerima sebarang kritikan dan pandangan, Sabronzo berharap agar kehadiran filem Pulau akan mendapat sambutan daripada penonton dan pencinta filem tanah air.
“Dari segi kritikan, saya sentiasa terbuka dan gembira untuk mendengar komen serta pandangan orang lain. Jadi, saya harap, penonton dapat menonton filem ini dan berseronok,” katanya.
Filem Pulau terbitan WebTVAsia ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 3 Mac depan.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Feri Pulau Kapas Tenggelam

gempak
24/07/2024
03:25 MYT
Sebuah feri ikonik dilaporkan tenggelam di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth pada awal pagi Rabu.
Hiburan

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

gempak
23/07/2024
02:55 MYT
Tampil dengan pakaian serba sopan dan cerah, ternyata bekas anggota kumpulan Dolla itu nampak manis dan berseri.
Viral

Lari Daripada Kebiasaan, Hijrah Prihatin Santuni 40,000 Golongan Memerlukan - "Memang Nak Bagi Semua Merasa"

gempak
20/07/2024
18:47 MYT
Sempena meraikan sambutan ulang tahun TV AlHijrah ke-14, sebanyak empat pertubuhan diberikan bakul makanan yang merangkumi makanan keperluan asas bagi menyantuni golongan memerlukan.
Berita

2 Koc LRT ‘Bersemadi’ Di Dasar Pulau Tioman Sebagai Terumbu Tiruan

gempak
19/07/2024
06:55 MYT
Dua gerabak Transit Aliran Ringan (LRT) disumbangkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk dilabuh ke dasar laut Pulau Tioman sebagai tukun tiruan LRT pertama adalah tren terawal yang digunakan di Laluan Kelana Jaya sejak tahun 1998.
Hiburan

"Saya Sedih, Berharap Mereka Datang Majlis Kahwin Saya..." - Syasya Rizal

gempak
26/06/2024
03:30 MYT
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal akui sedih apabila majlis resepsi perkahwinannya yang berlangsung baru-baru ini tidak dihadiri oleh Sabronzo, Tabby & Angel.