“Saya Penat Tanggung Biawak Hidup” - Fatin Afeefa Luah Perasaan Kongsi Cerita Silam
14/02/2023 14:00 MYT
Nama pelakon Fatin Afeefa sekali lagi mencuri perhatian apabila dia berkongsi mengenai kehidupan lalunya dengan menyatakan dirinya telah banyak berkorban dalam menanggung kehidupan keluarga.
Menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan baru-baru ini, aktres tersebut meluahkan perasaan dengan mendedahkan dia sudah penat menanggung ‘biawak hidup’ pada suatu ketika dahulu.
“Saya dah penat lah tanggung biawak hidup, biarlah biawak pula tanggung saya. Saya je asyik tanggung biawak hidup.
“Dulu saya dah dengar cakap korang (netizen), saya dah dengar dah. Kita ni kahwin jangan ingat lelaki kaya ni, saya dah dengar cakap korang.
“Saya bela biawak, sekarang ni saya nak biawak yang bela saya. Biar je dia. Nanti korang faham lah.
“Mencintai biawak tak akan boleh beri makan kepada anak-anak dan anda. Tapi suami saya baik je,” ujarnya
Perkongsian tersebut telah dimuat naik dikongsikan semula oleh seorang pengguna di laman TikTok.
undefinedSementara itu, menjengah ke ruangan balas, video tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya.
“Sebagai perempuan nak di nafkahi, bukan kita yang penat kena bagi nafkah,” kata seorang netizen.
“Yang pernah tanggung biawak hidup je tahu macam mana perasaanya,” kata seorang warganet.
“Haha alamak lepaskan geram pada siapa tu?” komen seorang netizen.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.