Pelawak Harith Iskander akui terkesan dengan kemerosotan ekonomi dalam bidang Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME) ekoran krisis COVID-19 yang sedang melanda.

Perkara itu dikongsi Harith menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Harith mengajak orang ramai untuk memikirkan nasib orang lain yang lebih malang ketika negara berhadapan detik sukar ketika ini.

"Saya memiliki perniagaan SME, mungkin boleh jadi saya hilang perniagaan dalam masa enam bulan, mungkin juga akan menurun taraf kereta dan rumah.

"Tetapi fikirkan senario golongan B40, mereka menanggung masalah hari ini, tiada makanan untuk dimakan, bayi tiada susu, kanak-kanak kelaparan, perspektif kita boleh membantu," tulisnya.



Dalam pada itu, Harith menambah, situasi yang sukar mampu membuatkan manusia menjadi kuat untuk mengharunginya.

"Kadang-kadang, situasi yang sukar membuatkan kita kuat dan boleh jadi yang terbaik, lihatlah sekeliling, ada orang bernasib lebih malang daripada kita," tambahnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian dari para pengikut Harith, rata-rata mereka bersetuju dengan pendapatnya itu.

My wife @drjezaminelim and me are concerned too. We are SMEs, we run business', we want to keep everyone employed. But at this very moment - we are trying to keep our eye on the ball. We still have our health and whatever skills, know how and resilience that brought us to this point. Sometimes adversity brings out the best in people and we will get through this period. Look around - someone's got it worse. Let's try keep a little perspective. #stayhome #FightCovid19 #TheHopeBranch #perspective

A post shared by Harith Iskander™️ (@harithiskander) on


Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama bersikap positif dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!