"Saya Penyanyi Yang Biasa-Biasa Je. Tak Popular Pun, Tapi..." - Shiha Zikir Kumpul 1 Juta Pengikut Di Instagram

Kamaruddin Razal
Februari 18, 2019 04:00 MYT
Penyanyi Shiha Zikir merakamkan ucapan penghargaan selepas meraih satu juta pengikut di laman Instagram.
"Terima kasih banyak-banyak buat semua yang sudi follow Shiha di Instagram.
"Mudahan-mudahan dengan medium sosial media ni dapat memberi inspirasi yang positif buat kita semua dan dapat eratkan lagi silaturahim antara kita.
"Ingat, positif-positif je okay. Terima kasih sekali lagi. Tak sangka malam ni dah capai 1M," tulis Shiha.
Sedang berada di Indonesia untuk mempromosikan lagu terbarunya yang berjudul Pipiyama, Shiha turut berkongsi beberapa single nyanyiannya yang mendapat tempat di hati peminat semenjak hari pertama dia bertapak dalam dunia hiburan.
"Yang baru follow Shiha mungkin ada yang belum tau Shiha bukan penyanyi dangdut di Malaysia tapi penyanyi pop.
"Shiha penyanyi yang biasa-biasa je. Tak popular pun, tapi Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah aturkan.
"So malam ni Shiha akan share beberapa buah lagu yang Shiha pernah rekod sebelum ni," katanya lagi.
#Penyanyi #Penyanyi #Shiha Zikir