Pelakon terkenal Korea Yoo Seung Ho kembali bersama dengan aktres Lee Se Young menerusi drama terbaru Memorist.

Menurut Seung Ho, walaupun sudah lapan tahun tidak bergandingan namun dia percayakan kredebiliti Se Young.

“Se Young merupakan senior dalam lakonan berbanding dengan saya. Seperti yang dikatakan Se Young, kami serasi antara satu sama lain.

“Kami sangat sepadan apabila hal-hal melibatkan perkara yang kelakar dan juga lakonan. Mungkin disebabkan kami telah bertemu sejak dari kecil lagi.

“Walaupun kami tidak kerap berlakon bersama namun saya tetap percayakan dia,” ujarnya.

Saksikan tayangan perdana, Memorist bermula 12 Mac depan, jam 9:45 malam.

Terdahulu, Seung Ho dan Se Young pernah bergandingan bersama menerusi drama MBC, I Miss You pada tahun 2012.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU