Laman Utama

“Saya Pergi Hospital Pun Dia Tak Beritahu” - Bapa Tak Tahu Adibah Noor Hidap Kanser

gempak
Mya Amri
19/06/2022
09:31 MYT
Sponsor Banner
“Saya Pergi Hospital Pun Dia Tak Beritahu” - Bapa Tak Tahu Adibah Noor Hidap Kanser
Bapa Allahyarham Adibah Noor, Mohd Omar Zainal Abidin, 89, mengaku tidak mengetahui tentang penyakit kanser yang dihidapi anaknya.
Menurut Omar, anak ketiganya itu tidak memberitahu apa-apa mengenai keadaan kesihatannya.
"Saya tak tahu... Arwah tidak beritahu walaupun saya ayahnya. Saya pergi ke hospital pun, dia tidak beritahu.
"Tetapi kalau Tuhan hendak ambil, dia ambil juga. Saya tiada apa-apa nak cerita.
"Tiada apa yang hendak dipanjangkan. Mohon doakan yang baik-baik untuk anak saya," katanya.
Omar ditemui media sebaik sahaja selesai pengebumian jenazah Allahyarham Adibah di Tanah Perkuburan Islam Keramat Peramai, Taman Keramat, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Terdahulu, jenazah arwah dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, di sini, sekitar jam 9 pagi.
Lebih 100 orang termasuk rakan artis dan penggiat seni hiburan tanah air hadir memberi penghormatan terakhir.
Antaranya Datuk Afdlin Shauki, Datuk Hans Isaac, Nikki Palikat, Suki, Remy Ishak, Anuar Zain, Ziana Zain, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Sharifah Amani, Saiful Apek, Linda Onn dan ramai lagi.
Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, semalam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024