Hiburan

"Saya Perlu Kuat Demi 6 Anak Yang Lain" - Azian Mazwan Sapuwan Sedih Lihat Cucu Membesar Tanpa Bapa

gempak
Kamaruddin Razal
18/02/2020
03:00 MYT
Sponsor Banner
"Saya Perlu Kuat Demi 6 Anak Yang Lain" - Azian Mazwan Sapuwan Sedih Lihat Cucu Membesar Tanpa Bapa
Penyanyi popular era 1980-an, Azian Mazwan Sapuwan akui sedih apabila melihat keadaan cucunya yang membesar tanpa bapa.
Anak keempat Azian, Mohamad Aqil Zulkarnain yang pergi pada 16 Disember tahun lalu meninggalkan seorang anak dan cucu.
BACA: Anak Azian Mazwan Sapuwan Meninggal Dunia Selepas 3 Minggu Koma
"Anak saya bernikah pada tahun lalu namun kami belum sempat mengadakan sebarang majlis. Sepatutnya, mengikut perancangan, pada bulan ini, kami mahu mengadakan majlis resepsi untuk meraikan perkahwinan Aqil.
"Tetapi, rencana Allah lebih hebat kerana dia sudah pulang ke rahmatullah terlebih dahulu. Sejujurnya, sehingga sekarang, saya sebak apabila terpandang wajah cucu.
"Setiap kali saya melihat wajah si kecil itu, terbit perasaan sayu mengenangkan dia akan membesar tanpa kehadiran seorang bapa," kata Azian yang ditemui di majlis pelancaran busana Munawwareen 2020 baru-baru ini.
Tambah pelantun lagu Rumah Kecil Tiang Seribu ini, dia masih terkenangkan pemergian arwah anaknya.
Menurut Azian, pada awalnya dia sangat bersedih dengan pemergian arwah tetapi dia menguatkan hati demi anak-anak yang lain.
"Dua bulan telah berlalu, saya masih terkenang. Sesekali rindu itu datang... Untuk menghilangkan perasaan terbabit, saya melihat dan memeluk pakaian arwah.
"Pemergian arwah memang sangat mengejutkan kami sekeluarga. Pada awalnya, saya akui sukar untuk saya menerima kenyataan anak kesayangan sudah pergi dijemput Ilahi.
"Mula-mula, saya rasa sangat sedih tetapi saya teringat dengan pesan seorang ustaz, janganlah terlalu meratapi pemergian arwah.
"Bermula dari detik itu, saya mencuba perlahan-lahan untuk menguatkan diri. Saya harus kuat demi enam anak-anak yang lain," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024