Laman Utama

"Saya Perlu Minum 2 Cawan Kopi Sebelum ..." - Atikah Suhaime

gempak
Amri Hassan
13/04/2023
08:45 MYT
Sponsor Banner
"Saya Perlu Minum 2 Cawan Kopi Sebelum ..." - Atikah Suhaime
Pelakon Atikah Suhaime mendedahkan dia perlu meminum dua cawan kopi sebelum melakonkan watak Sharifah Azreen dalam drama popular Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah.
Jelas Atikah, hal itu disebabkan tenaga luar biasa watak terbabit yang perlu disalurkan dalam setiap babak lakonannya.
"Demi nak keep up dengan tenaga Azreen ni saya harus minum dua cawan kopi setiap kali nak berlakon jadi dia (Azreen).
"Tapi sejujurnya, saya seronok dapat lakonkan watak Azreen ini.
"Azreen seorang yang muda dan banyak tenaga. Saya pula sejenis orang yang introvert jadi bila nak bawa watak Azreen, saya kena extrovert dan vavavoom.
"Azreen seorang yang jenis main cakap je. Very extra dan over. Melakonkan watak ini, saya perlukan banyak tenaga untuk setiap adegan," kongsi Atikah.
Mengulas lebih lanjut tentang watak Azreen, kata Atikah dalam Andai Itu Takdirnya wanita terbabit sangat obses cintakan Azril.
"Dia terlampau cinta Azril sampai dia buta mana yang baik mana yang salah. Ada beberapa adegan yang orang tak akan sangka Azreen akan buat macam tu.
"Di sebalik senyuman ceria Azreen, pasti ada sesuatu plan yang difikirkan. Dia seorang yang unpredictable. Kadang-kadang baca skrip pun saya akan terfikir sendiri 'apa yang ada dalam fikiran Azreen ni?'," tambahnya.
Uniknya lagi tentang watak Azreen kata Atikah dia mengambil inspirasi dariapda karakter popular Hollywood, Marilyn Monroe.
"Azreen ada charm dan dia seorang yang classy. Saya ambil inspirasi dari Marilyn Monroe untuk hidupkan watak Azreen.
"Selain itu, ada a few elemen kelakar yang ada pada watak itu juga," ujarnya.
Saksikan Andai Itu Takdirnya drama adaptasi novel tulisan Siti Rosmizah yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria atau strim di Astro Go.

Sinopsis Andai Itu Takdirnya

Aleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan dia juga anak kepada seorang tokoh korporat. Aizril sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain.
Tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya.
Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Emilin yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live