Hiburan
"Saya Pernah Berkerja Sebagai Kuli" - Panas Isu Tukang Kebun, Khalid Jamlus Tampil Mohon Maaf
Biarpun telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, kontroversi membabitkan bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus masih belum reda.
Semuanya gara-gara jawapan balas yang diberikan Khalid ketika sidang media semalam.
Menerusi video berkenaan, Khalid memberitahu adakah dia patut bekerja sebagai tukang kebun pula selepas wartawan bertanya sama ada dia akan menjadi jurulatih atau sebaliknya.
Enggan kenyataannya disalah erti, Khalid kemudian tampil memperjelaskan situasi sebenar menerusi satu posting terbarunya di Facebook.Untuk tatapan peminat bolasepak tanahair. Views at your own risk. pic.twitter.com/cMzxc8GBbU— E (@E_Blackbeard) July 8, 2020
"Menjadi kehidupan seperti saya buat apa yang terbaik untuk melangsungkan kehidupan.
"Selepas saya tamat menjadi coach PDRM saya bekerja menjadi runner di APAD, adakah saya belagak dan memilih kerja.," katanya.
Menurut Khalid lagi, dia pernah berkerja sebagai kuli di satu syarikat kontraktor.
"Jadi mengenai pasal tukang kebun, kalau kata kan itu kerja saya atau jadi security guard saya akan kerja, kalau itu kerja hakiki saya.
"Cuma ramai mempersoalkan kau sebagai bekas pemain kebangsaan dan mempunyai pengalaman yang luas adakah itu pilihan terbaik?
"Cuma di sini jika ada peluang yang bersesuian dengan kebolehan saya je. Maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan anda, i'm sorry," katanya.
Gempak masih cuba untuk mendapatkan komen lanjut daripada bintang lagenda bola sepak ini.
Terdahulu, tindakan Khalid menjual jersi dan medal kemenangan, termasuk trofi kasut emas yang dimenanginya pada 2002 telah mengejutkan ramai pihak.
Kepada semua anda di sana yg pernah di sanjungi,tetiba menjadi kehidupan seperti saya buat apa yg terbaik tuk...Posted by -Khalid Jamlus- on Wednesday, July 8, 2020
Menerusi bidaan secara langsung di Facebook, kasut emas milik Khalid dijual pada harga RM10,500.
Must-Watch Video