Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Saya Pernah Cedera Selepas Terjun Dari Tingkat 2 Kerana...”- Fazley Yaakob

Syafiqah Jalal 29/01/2019 | 01:05 MYT
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan ketinggian adalah perkara yang amat ditakutinya.
Bagaimanapun, Fazley buat pertama kalinya mengatasi ketakutan itu dengan menaiki Menara Macau yang mempunyai ketinggian 338 meter.
“Terus-terang saya katakan, ketinggian adalah ketakutan terbesar saya dalam hidup selepas Ular.
“Sewaktu saya kecil, saya pernah cedera selepas terjun dari tingkat dua akibat terlalu gayat.
“Namun, demi program Terokai Pelancongan Halal Di Macau ini, saya dituruti permintaan pihak penganjur iaitu Macao Government Tourism Office (MGTO).
“Walaupun dalam keadaan sangat gayat, saya berjaya sampai ke atas dan melihat pemandangan indah seluruh bandar Macau dari tempat tertinggi di sini.
“Ia sesuatu kejayaan yang besar dalam hidup saya untuk tahun 2019 ini,” katanya kepada gempak.
Gempak diterbangkan ke Macau untuk Program Terokai Pelancongan Halal Macau Bersama Datuk Fazley Yaakob.
Program bersama media itu anjuran SukaSucre Creatives bersama MGTO dan PNL Travel Sdn. Bhd.
Program empat hari tiga malam itu membawa beberapa media dari Malaysia untuk menikmati keindahan bandar Macau serta tempat pelancongan halal yang boleh dikunjungi di sini.
#Penyanyi #Penyanyi #Fazley Yaakob #Cef
;