Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Pernah Kehilangan Anak, Giliran Saya Pula Bantu”- Bapa Adam Rayqal Ucap Terima Kasih Kepada Bazli UNIC

Syafiqah Jalal
09/07/2018 05:44 MYT
Simpati dengan nasib keluarga Adam Rayqal yang kehilangan anak mereka dalam keadaan yang menyayat hati, penyanyi kumpulan UNIC, Bazli telah membantu mengutip derma buat ibu bapa bayi tersebut.

Kutipan derma yang dilakukan itu bagaimana pun telah disedari dan mendapat perhatian dari bapa Adam iaitu Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi.

Menerusi akaun Instagram (IG) Bazli UNIC, dia berkongsi paparan skrin yang menunjukkan Mohd Sufi menghantar mesej (DM) dan mengucapkan terima kasih di atas usaha dan prihatin penyanyi tersebut.

Menurut Bazli dia memahami bagaimana perasaannya kehilangan seorang anak dan dia juga telah dibantu dengan wang ringgit, kini gilirannya pula untuk membantu keluarga tersebut.

Kutipan yang dilakukannya sehingga semalam sudah mencecah RM2829.30.

Bazli bakal melakukan satu pertemuan dengan Mohd Sufi tidak lama lagi bagi menyerahkan sumbangan tersebut.

Bagaimanapun tabung sumbangan itu masih lagi dibuka kepada sesiapa yang ingin menderma sehingga esok, 10 Julai.

Alhamdulillah... Gembiranya hati! Sy dah pun dpt berhubung dgn ayah yg tersayang bintang syurga Adam Rayqal, tuan @sufinaeif Insya Allah kami sedang set masa utk berjumpa. Saya nak serahkan duit sumbangan kasih sayang... ANAK SYURGA ADAM RAYQAL . . . Alhamdulillah, kutipan sumbangan sehingga kini dah mencecah RM2829.30. . . Tabung sumbangan dibuka sehingga selasa 10/7/18. Selepas itu, saya sendiri akan menghantar sumbangan ini kepada mak ayah adik Adam Rayqal. Jangan lah mengkaji kemana duit ini dguna, mereka susah atau senang, mereka beli apa dan mcm2 persoalan. Di saat kehilangan anak ni duit dh xberguna. Sumbang seikhlas kasih sayang pada yg tersayang adik Adam, niatkan utk Allah Tuhan kita. Selebihnya tahulah Allah menilai. . Semoga dgn sumbangan yg diberikan ini adalah menjadi asbab untuk kita masuk ke syurga. InsyaAllah. . . Sumbangan boleh disalurkan ke: AKAUN RASMI AMALAOFFICIAL . . Asiah Abu Bakar 0201 1020 8950 48 BANK ISLAM MALAYSIA . . @amalaofficial @amalaofficial Aktivis kemasyarakatan dan kebajikan. . #adamrayqal #sabar #tabah #anak #rinduanak

A post shared by bazliunic (@bazliunic) on


Foto: IG Bazli UNIC
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Anak #Bazli UNIC #Bayi #Adam Rayqal
;