"Saya Pernah Pengsan Tiga Kali Masa Kerja" - Dr. Amalina Bakri Dedah Pengalaman Kerja Dengan Nurse
Rozaimi Zubaidi
Disember 31, 2018 09:45 MYT
Disember 31, 2018 09:45 MYT
Doktor viral, Dr. Amalina Bakri mengakui pernah pengsan sebanyak tiga kali akibat sibuk dengan kerjanya di hospital.
Menerusi entri di Twitter, Amalina berkongsi kisah yang pernah dialaminya bersama jururawat di hospital.
"Just want to share my story, positivity and love. To all the nurses out there, wherever you are in the world, thank you," tulisnya.
Baru-baru ini kecoh apabila anggota kumpulan Elite, Linda Rafar memuat naik keluhannya terhadap layanan acuh tak acuh seorang jururawat di sebuah hospital di Shah Alam.
Tindakan menularkan isu terbabit mencetuskan ketegangan dan membakar emosi segelintir pihak terutama petugas sektor perubatan.