"Saya Pilih Pertama Georgina Pilih Kedua" - Alana Martina Nama Anak Keempat Cristiano Ronaldo

Amri Hassan
November 13, 2017 11:32 MYT
Bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo mengumumkan kelahiran anak keempatnya yang diberi nama Alana Martina.
Menerusi akaun Twitter dan Instagramnya, Cristiano turut memuat naik gambarnya bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez di katil Hospital Quiron Universal di Madrid, Sepanyol, selepas bersalin.
"Alana Martina baru sahaja dilahirkan! Geo (Georgina) dan Alana kedua-duanya dalam keadaan baik. Kami semua bergembira," tulisnya dalam bahasa Sepanyol.
Cristiano menerusi sesi live di akaun Instagramnya memberitahu nama itu merupakan kombinasi nama yang dipilih mereka berdua.
"Saya pilih nama Alana dan Geo (Georgina) memilih nama Martina. Jadi kami gabungkan kedua-duanya untuk menghasilkan nama yang cantik," katanya.
Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki sulung, Cristiano Junior yang kini berusia tujuh tahun dan dilahirkan menerusi teknik ibu tumpang.
Cristiano juga merupakan bapa kepada pasangan bayi kembar Eva dan Mateo yang dilahirkan pada Jun lalu.
Georgina yang mula menjalinkan hubungan dengan Cristiano pada hujung tahun lalu merupakan seorang pekerja butik Gucci sebelum terbabit dalam bidang peragaan.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Mirror, Dailymail
#Cristiano Ronaldo #Georgina Rodriguez #Alana Martina