"Saya Profesional, Tiada Masalah Pun Kalau Mana-Mana Parti Politik Jemput Menyanyi" - Hattan
Amri Hassan
04/10/2018 01:52 MYT
04/10/2018 01:52 MYT
Penyanyi popular Datuk Hattan menegaskan pembabitannya dalam Konsert Picnic@PD pada hujung minggu ini bukan berteraskan politik.
Jelas Hattan, sebagai seorang artis dia tidak melabelkan dirinya dalam mana-mana parti khusus memandang peminat terdiri daripada pelbagai latar belakang.
"Saya profesional, tak campur hal politik.
"Penganjur undang saya untuk menyanyi di pentas konsert, asalkan bayar, saya tiada masalah. Tak peduli pun mana-mana parti.
"Kita sebagai artis haruslah profesional sebab peminat kita terdiri daripada pelbagai parti politik. Kena jadi bijak!" katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran konsert Picnic@PD di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur semalam.
Kata Hattan lagi, dia juga tidak pernah memberikan sebarang kenyataan menyokong mana-mana parti politik sebelum ini.
"Tugas kita sebagai artis khususnya penyanyi untuk menghimpunkan orang ramai, tak perlu nak letak sempadan pun," tambahnya.
Konsert Picnic@PD yang dianjurkan Pertubuhan Khidmat Kebajikan Masyarakat Madani (Madani), Anwar Ibrahim Club (AIC) dan Muafakat Anak Muda itu akan turut disertai oleh Datuk M. Nasir, Datuk Awie, Ito Blues Gang, Blank Gamma, Khalifah Band dan Wany Hasrita.
Konsert tersebut diadakan sempena karnival dua hari di Port Dickson pada 5 dan 6 Oktober ini.