"Saya Puji Orang Yang Terus Tahu Dia Nak Ada Anak Atau Tidak” - Hanis Zalikha Kongsi Pandangan Tentang Childfree
Asyikin Mayudin
17/06/2024 08:55 MYT
17/06/2024 08:55 MYT
Pelakon dan personaliti media sosial, Hanis Zalikha berkongsi pandangannya mengenai anak-anak selepas menerima satu soalan di Instagram miliknya.
Kongsi Soalan Netizen
Menerusi perkongsian di TikTok, Hanis memuat naik semula soalan itu daripada salah seorang pengikutnya yang meminta pandangan mengenai keputusan tidak mahu mempunyai zuriat.
“Pelik ke kalau saya tak ada rasa nak ada anak?” kata individu tersebut.
Bagaimanapun, isteri kepada aktor Hairul Azreen ini berkata dia tidak pernah menghakimi keputusan sebaliknya memuji sikap tegas seseorang yang tahu pendiriannya melibatkan zuriat.
Tak Hakimi Keputusan Seseorang
“Tidaklah, malah saya puji orang yang terus tahu dia nak ada anak atau tidak. Tak mengapa kalau tak ada anak atau anak tak ramai, awak tahu diri awak lebih daripada orang lain,” katanya.
Bagi ibu kepada dua orang cahaya mata ini, seseorang itu juga memerlukan komitmen yang sangat tinggi dalam membesarkan anak-anak.
“Sebab anak ini bukan sahaja menjadi penyeri hidup, sangat susah nak ‘commit’ dalam membesarkan mereka secara betul. Mereka perlukan ‘human connection’,” ujarnya lagi.
Rata-rata netizen dilihat menyokong dan memuji cara pemikiran Hanis apabila melontarkan pendapatnya mengenai anak-anak.
undefined
“Bila kita cakap kita child free sebab kita tahu belum mampu nak jaga amanah Allah tu terus orang hentam kata anak tu rezeki tak baik tolak.
“Betul, ada member dia memang tak nak anak, tapi pressure family, ada anak, tapi memang nampak dia macam tak sayang dan tak peka dengan anak tu. Sian budak tu.
“Terima kasih untuk jawapan itu kak Hanis. Bukan semua orang faham,” komen beberapa netizen.