Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Pun Ada Pilihan…”- Kongsi Wajah Anak, Hak Ibu Bapa Masing-Masing

Syafiqah Jalal
21/05/2022 08:05 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpendapat setiap ibu bapa mempunyai hak sama ada hendak berkongsi wajah anak mereka kepada umum atau tidak.

Kata Siti Nurhaliza apa jua pun keputusan yang dilakukan pasti hanya mahu yang terbaik buat anak-anak mereka.

“Kalau boleh saya tak mahu mengulas isu ini. Tapi bagi saya, itu terpulang kepada ibu bapa masing-masing.

“Saya yakin setiap individu tentunya ada alasan mereka yang tersendiri. Semua orang ada pilihan,” katanya kepada Astro Gempak yang ditemui ketika Rumah Terbuka Universal Music Malaysia, semalam.

Siti Nurhaliza diminta mengulas mengenai segelintir selebriti yang membuat keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak mereka kepada umum.

Tambah pelantun lagu Lip Lap Raya itu, sebagai orang luar sepatutnya tidak perlu mempertikaikan keputusan atau hak orang lain.

"Setiap orang ada pilihan. Saya pun ada pilihan saya dan saya hormat pilihan masing-masing,"

"Setiap daripada kita tahu apa yang terbaik dan sebab apa sesuatu tindakan itu perlu dibuat. Jadi, tak payah dipertikaikan," katanya lagi.

#Anak #Selebriti #Nurhaliza #Wajah #'Siti #Hak #Kongsi
;