Baru-baru ini penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob telah menjadi perhatian selepas berkongsi video TikTok di laman sosial Instagram (IG)nya.

Agak memeranjatkan apabila video yang dimuat naik Fazley meraih sehingga 400,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Fazley berkata, beliau tidak menyangka video yang dirakam untuk tujuan ‘suka-suka’ itu membuatkan warganet terhibur.

“TikTok ni sebenarnya saya tak nak buat, tapi anak-anak saya minta, peminat pun suru buat...Jadi saya pun buat.

“Saya rasa ini masa untuk peminat tengok saya menari,” katanya ketawa.

Bagaimanapun ada warganet mendakwa Fazley menjatuhkan reputasi dan tidak menjaga imej kerana terjebak dengan TikTok.

“TikTok tidak menjejaskan imej saya pun. Selebriti di luar negara dah lama menggunakan TikTok ni, kita saja yang ketinggalan.

“Rasanya tak salah kalau saya pun nak mengikuti perkembangan teknologi terkini,” ujarnya kepada HLive!

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).