Laman Utama

"Saya Pun Suka Berhibur, Tapi Berhibur Dengan Suami, Nyanyi Di Rumah Sahaja" - Prof Muhaya

gempak
Amri Hassan
13/09/2022
08:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Pun Suka Berhibur, Tapi Berhibur Dengan Suami, Nyanyi Di Rumah Sahaja" - Prof Muhaya
Pakar motivasi Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad tampil mengulas mengenai penganjuran konsert penyanyi luar negara di Malaysia yang menjadi polemik sesetengah pihak kerana didakwa menjadi sebab penularan budaya hedonisme.
Jelas doktor pakar mata itu, umat Islam mempunyai lima pilihan untuk membuat keputusan dalam mencari keseronokan dengan memilih jalan yang diredai Allah.
"Apa-apa yang Allah tidak reda, saya tidak setuju dan salah satu tanda Allah sayangkan seseorang ialah apabila kita tidak menghabiskan masa dengan perkara sia-sia.
"Apakah perkara yang sia-sia itu? Ia tidak memberatkan timbangan di Padang Mahsyar dan malaikat sentiasa mencatat perbuatan kita.
"Kita sendiri ada pilihan setiap saat. Sebelum buat sesuatu perkara, kita harus fikirkan lima pilihan iaitu iman atau nafsu, syurga atau neraka, taat atau maksiat, dosa atau pahala dan Allah reda atau Allah murka.
"Jika ada yang bertanyakan mengenai konsert artis luar negara kepada saya, letak dahulu lima pilihan itu, barulah bertindak membuat keputusan. Saya pun suka berhibur, tetapi saya berhibur dengan suami. Saya menyanyi di rumah sahaja.
"Saya tak menghukum atau menghakimi sesiapa, saya hanya memberikan pandangan peribadi. Berkenaan dengan hukum, saya tak boleh komen, itu saya serahkan kepada ustaz atau yang lebih arif," katanya.
Beliau berkata demikian pada Seminar Transformasi Prof Muhaya Circle (PMC) 2022 ‘Zero Stress Living’ The Everly Hotel, Putrajaya baru-baru ini.

Zero Stress Living

Mengulas mengenai PMC, Muhaya mendedahkan selepas pandemik melanda, ramai individu yang terkesan, terutama daripada sudut tekanan emosi serta perasaan.
Menerusi program ini, Muhaya menjawab dan mencari solusi bersama peserta-peserta yang hadir untuk menangani perkara berkenaan.
"Program PMC berdasarkan 41 tahun pengalaman saya bertemu dengan pelbagai lapisan manusia. Ia telah membantu lebih 11,000 orang yang sebelum ini mengakui ‘telah mati’ dalam kehidupan.
"Semua yang hadir mahu menjadi lebih positif. Menerusi seminar ‘Zero Stress Living’, peserta akan mengenal pasti sumber stress, apa kesannya dan solusi asas untuk mereka keluar daripada belenggu stress.
"Alhamdulillah, kali ini lebih 500 orang yang menyertai PMC. Ia pertama kali diadakan secara bersemuka kerana sebelum ini, semuanya dibuat secara atas talian. Semua yang hadir mahu hidup dengan transformasi positif dan menjadikan ‘pencinta tanpa syarat’ sebagai modus operandi kehidupan," katanya lagi.
Lebih 500 peserta hadir pada PMC itu yang turut dihadiri oleh beberapa selebriti antaranya Datin Lisa Surihani, Hafiz Hamidun, Mia Ahmad, Wany Hasrita dan Amira Othman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live