Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Saya Pun Tak Pasti Where I Stand…” – Erra Fazira Ulas Hubungan Dengan Shahir

Mya Amri 27/02/2019 | 14:19 MYT
Juri tetap program Miss Lawak, Erra Fazira enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan penyanyi, Shahir dan menyerahkan perkara itu mengikut percaturan Allah.
Menurut Erra, dia tidak mempunyai masalah dengan Shahir cuma dia tidak pasti ke mana arah tuju hubungan mereka.
“Saya dengan dia tidak mempunyai masalah apatah lagi bergaduh, saya sendiri pun dah tak jumpa dia agak lama dan hanya berhubung menerusi telefon.
“Sukar untuk berbicara mengenai kedudukan saya sekarang… Saya pun tidak tahu where I stand, so bila kita tidak tahu, susah untuk saya menjelaskan apa-apa.
“Jadi buat masa ni saya rasa ikut sahaja perjalanan yang telah ditentukan oleh Allah kepada saya.
Erra ditemui selepas sidang media program reality Miss Lawak bertempat di TREC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ditanya mengenai kenyataan yang pernah dikeluarkan Shahir mengenai perancangan kahwin sekitar Julai tahun lalu, Erra lebih selesa memilih untuk tidak mengulas lanjut.
“Setiap kenyataan yang dikeluarkan itu adalah daripada pihak dia jadi saya tidak boleh nak ulas apa-apa.
“Mungkin ada yang tidak faham, sedikit sebanyak perkataan yang dikeluarkan itu bukan sahaja memberi impak kepada saya tetapi pada keluarga juga.
“Saya rasa perkara itu tidak manis untuk perempuan, tidak perlu berkata apa-apa atau bersuara mengenai perkara yang kita sendiri tidak tahu pengakhirannya," jelasnya.
BACA: Datuk AC Mizal, Erra Fazira Juri Tetap Miss Lawak
#Erra Fazira #Shahir Zawawi
;