Laman Utama

“Saya Pun Tengah Cari Isteri Orang Untuk…”- Terbongkar! Demi Seks, Wujud Group Tukar Pasangan Suami Isteri, Suka Sama Suka

gempak
Syafiqah Jalal
25/06/2021
13:00 MYT
Sponsor Banner
“Saya Pun Tengah Cari Isteri Orang Untuk…”- Terbongkar! Demi Seks, Wujud Group Tukar Pasangan Suami Isteri, Suka Sama Suka
Terbongkar dan tular baru-baru ini sebuah group di dalam laman Facebook yang difahamkan diwujudkan bagi bertujuan untuk bertukar pasangan suami isteri demi kepuasan nafsu.
Seorang pemilik akaun Twitter menggunakan nama Haqim memberitahu telah terjumpa group di Facebook yang dianggap sensitif dan kurang sopan apabila ada individu berstatus suami sanggup bertukar pasangan demi seks.
Haqim difahamkan pada mulanya dia membuat pencarian untuk menukar nama pemilik berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Facebook.
Namun tanpa dia menyangka dalam senarai pencarian tersebut dia terjumpa ‘Group Tukar Pasangan Suami Isteri (suka sama suka)’ dan ‘Tukar Pasangan Suami Isteri Suka Sama Suka’.
Pencarian tersebut bagaimanapun telah mewujudkan perasaan ingin tahu kepada dirinya. Dia pun cuba untuk sertai group tersebut bagi tujuan melihat intipati posting di situ. Tapi apa yang ditemuinya sangat mengejutkan!
Menurut perkongsian dari Haqim, ternyata dia temui posting ‘nakal’ dan lucah yang dianggap keterlaluan sehingga ada pengguna media sosial sanggup mencari isteri orang lain untuk memuaskan nafsu mereka.
“Saya pun tengah cari isteri orang untuk ****” antara komen salah seorang pengguna laman sosial itu.
“Samalah, kita isteri orang sebenarnya lagi sedap untuk *****” salah satu bualan mereka.
Bukan itu sahaja, ahli dalam group tersebut juga berbual dan menjalankan urusan seperti ‘jual beli’ untuk bertukar-tukar pasangan hanya keseronokan semata-mata. Lebih mengejutkan lagi, ahli yang sertai group tersebut turut terdiri daripada wanita berstatus isteri orang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live