Ketika sedang meraikan hari ulangtahun perkahwinannya bersama suami semalam, nama Stacy Anam tiba-tiba panas apabila dituduh cemburu.

Kontroversi tercetus apabila seorang influencer Vietnam yang juga pelakon muzik video ‘Rampas’ nyanyian Akim & Majistret mendakwa kesemua babak lakonannya dibuang gara-gara sikap cemburu isteri vokalis.

Lebih panas lagi apabila bebenang influencer kacukan Jerman-Vietnam dikenali sebagai Jade Anh itu mendapat perhatian vokalis Akim and The Majistret, Akim Ahmad.

Sambil menafikan dakwaan Jade Anh, Akim turut menjelaskan sebab jalan cerita ditukar dan terpaksa membuang babak melibatkan wanita yang juga model tersebut.

[[BACA: Influencer Vietnam Dakwa Babak Lakonan Dibuang Dari Muzik Video Rampas Kerana Stacy Cemburu, Ini Jawapan Padu Akim!]]

Bagaimanapun Stacy dilihat sangat profesional berhadapan kontroversi ini dengan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Sehinggalah malam tadi, Stacy memuat naik videonya di laman sosial Instagram (IG) menyanyikan lagu Kekasih Tak Dianggap disamping Akim yang bermain gitar disebelahnya.

Hantaran tersebut didedikasikan Stacy kepada Akim sambil mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada suaminya itu.

Selain itu, tulisan Stacy pada ruangan kapsyen turut membuatkan pengikut di IG terhibur dan mengaitkannya dengan insiden yang berlaku pada hari istimewa mereka, pada petang sebelumnya.

“Selamat Ulangtahun kita kahwin sayang!!!! Saya punya Laki kan? Jadeyyyy???,” tulisnya.

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam)

Hantaran yang telah ditonton sebanyak 262 ribu kali sejak ia dimuatnaik dan menerima hampir 900 komen (ketika artikel ini ditulis) itu turut menarik perhatian selebrtiti seperti Ernie Zakri, Zarina Zainuddin, Zizi Kirana, Bella Astillah dan Amir Masdi yang mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada Stacy dan Akim.

Sementara itu, peminat Stacy kebanyakannya meninggalkan emoji ketawa dan hati pada ruangan komen dan berpendapat Jade Anh sengaja mencari publisiti, apatah lagi muzik video Rampas sudah dilancarkan sejak 2018.