Laman Utama

"Saya Raba Bawah Punggung Dan Menarik Sesuatu..." - Kate Moss Kenang Kisah Rantai Berlian Johnny Depp

Maliah Surip
02/09/2022
09:55 MYT
Sejak menjadi salah seorang saksi dalam kes saman fitnah mantan kekasihnya, Johnny Depp dengan bekas isteri, Amber Heard, model terkenal Kate Moss dilihat semakin terbuka berkongsi kisah peribadinya.
Terkini, Moss dalam satu video yang dirakamkan oleh Vogue British, dia memecahkan rahsia mengenai seutas rantai berlian yang dipakainya sewaktu hadir dalam sebuah acara CFDA Fashion Awards di New York pada 1995.
Pada waktu itu, wanita berusia 48 tahun tersebut memakai rantai berlian dengan dress putih dari John Galliano dan kasut pump hitam Manolo Blahnik.
Moss mengatakan rantai tersebut adalah berlian pertama dalam hidupnya. Dan ia diberikan oleh insan paling istimewa iaitu Depp.
“Kami keluar makan malam dan dia (Depp) kata ada sesuatu untuk saya di bawah punggungnya.
“‘Boleh anda lihat apa yang dibawah punggung saya?’ Dan saya terkejut.
“Lalu saya raba tangan di bawah punggungnya dan menarik sesuatu. Ia adalah rantai berlian!," ceritanya seperti laporan DailyMail.
Moss juga mengatakan sangat menyayangi dress John Galliano yang digayakannya bersama rantai berlian tersebut.
Dia mendedahkan: “Saya telah kehilangan dress yang diberikan kepada saya sempena ulang tahun ke-21. Saya sangat menyayanginya. Jika ada sesiapa yang memiliki dress ini, tolong pulangkan kepada saya.
Moss dan Depp menjadi pasangan kekasih selama empat tahun dari 1994 hingga 1998.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Hollywood

Keanu Reeves Sentiasa Ingat Mati, Minta Semua Hargai Hidup

gempak
25/07/2024
14:21 MYT
Aktor Keanu Reeves telah melalui episod kehilangan ramai orang yang disayangi dalam hidupnya.