Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Saya Rasa Lega" - Sakinah Enggan Rujuk Dengan Bekas Suami

ZULHILMI JALIL 28/08/2020 | 12:03 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah mengakui dirinya enggan merujuk kembali dengan bekas suaminya walaupun hubungan mereka masih baik selepas berpisah.
Menurut Sakinah, 31, buat masa sekarang, dia mahu memberikan ruang kepada diri sendiri selain fokus terhadap anak tunggalnya sahaja.
"Saya tak nak kembali bersama. Saya tidak boleh menjadi isteri yang baik disebabkan masalah ADHD (Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif) yang saya alami.
"Bahkan, saya berasa lega selepas berpisah kerana tiada lagi orang tuduh suami saya dayus akibat perangai saya yang sukar dikawal kerana sukakan perhatian," katanya kepada Astro Gempak.
Sakinah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelantikan dirinya sebagai duta Wholly Fitz di Kepong, Kuala Lumpur.
Biarpun begitu, kata Sakinah dia masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya sebagai ibu tunggal.
“Saya tengah haru-biru lagi kerana hubungan kami terjalin bukan sehari dua. Tapi, saya cuba yang terbaik.
“Sebab itu saya cuba sibukkan diri dengan penuhkan aktiviti harian dengan ke gimnasium untuk lupakan masalah ini," katanya.
Menurut Sakinah, hak penjagaan anak juga diberikan kepadanya.
"Tapi dia (bekas suami) lebih banyak yang jaga anak sebab saya sibuk dengan penggambaran,” katanya.
Sebelum ini, pada Julai lalu, Sakinah mengesahkan bahawa dia dan Aliff sudah berpisah secara baik pada Mei.
BACA: "Dia Nak Main Aplikasi Dating, Itu Hak Dia…” - Sharifah Sakinah Sahkan Sudah Bercerai
Sakinah mendirikan rumah tangga dengan Aliff yang juga merupakan seorang juruterbang pada 28 Mac 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.
#Sharifah Sakinah #Rujuk #Bekas Suami
;