Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Saya Rasa Macam Lambat Lagi Nak Kahwin" - Zizi Kirana

Asraf Aided
22/04/2019 23:30 MYT
Penyanyi dan rapper popular, Zizi Kirana ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier nyanyian dan bidang perniagaan yang bakal diceburinya tidak lama lagi.

Kata Zizi, dia belum mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

"Saya kini sibuk dengan karier nyanyian, tidak lama lagi saya akan menceburi bidang perniagaan. Sudah tentu kesibukan saya akan bertambah.

"Bila sudah sibuk, sudah tentu saya akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang telah saya ceburi.

"Bercakap tentang perkahwinan, saya seolah-olah sudah nampak masa depan saya, saya rasa lambat lagi nak kahwin," katanya sambil berseloroh.

Zizi ditemui di Sesi Busking yang dianjurkan oleh pihak Sony Music Malaysia bertempat di Tapak Urban Street Dining Jumaat lalu.

Dalam perkembangan lain, Zizi kini sibuk mempromosikan single terbaru hasil kolaborasi bersama Altimet yang berjudul Pendekar Pena.

Single ini telah dilancarkan Mac lalu dan boleh didengari di semua platform digital.
#Zizi Kirana