Bintang Muzikal Lawak Superstar 2, Cik B akui menyedari tentang kritikan netizen terhadap penampilannya.

Menurut Cik B, dia tidak kisah sekiranya komen negatif ditujukan kepadanya namun dia berasa bimbang terhadap penerimaan ibunya, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.

“Saya malulah kalau kena kecam ni, bukan malu dekat diri sendiri tetapi rasa malu kalau mak saya tengok.

“Rasa macam kesian la kalau mak saya tengok komen orang cakap pasal saya. Apa perasaan sebagai mama jadi mak saya?

“Mak saya mestilah dia akan terasa hati sebab saya ini anak dia,” luahnya.

Cik B berkata demikian menerusi temu bual dalam segmen Gempak, Lancang Bethol yang disiarkan semalam.

Saksikan temu bual penuh di bawah:

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.


Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI