Hiburan

"Saya Rasa Seperti Seekor Ikan Besar Dalam Kolam Kecil" - Zamaera

Amri Hassan
11/02/2024
09:32 MYT
Baru sahaja selesai menganjurkan acara Queendom Fest, sebuah festival muzik ‘all-female’ yang pertama di Malaysia, penyanyi rap dan penulis lagu, Zamaera, sempat menghasilkan single terbaharunya, ‘BIG FISH’.

BERITA TRENDING: “Ramai Tidak Tahu Saya Seorang Penyanyi Sebelum…” - Sharifah Zamaera

Lagu itu hasil nukilan Zamaera sendiri bersama penerbit muzik dan DJ asal Kuala Lumpur, Daaliah.
“Pertemuan tidak tersangka bersama Daaliah telah menghasilkan sebuah single yang sungguh bermakna buat saya sebagai permulaan 2024, kerana saya rasa seperti ‘seekor ikan yang besar dalam kolam yang kecil’," jelas pemilik nama sebenar, Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen, 28.
Sejurus kepulangan Daaliah dari siri jelajah muziknya di Eropah, Zamaera bertemu dengannya lalu berkongsi perasaannya sebagai anak seni di Malaysia yang sudah pun mencapai peringkat siling.
"Sebenarnya agak sukar bagi saya sebagai seorang pengkarya untuk tampil dengan diri yang asli, menampakkan jiwa saya yang sebenar kerana norma di sini yang agak konservatif.
"Saya seorang yang berfikiran terbuka, berani dan tidak mudah gentar jadi saya percaya saya akan lebih berkembang dalam kerjaya jika keluar dari zon selesa iaitu negara tersendiri dan lagu ini merupakan pengenalan buat saya sebagai artis ‘independent’ yang berusaha keluar dari ruangan selesa tersebut.
"Keseluruhan proses pembikinan single ini kaya dengan pengalaman berharga, Zamaera dan saya mempunyai persamaan di mana kami berdua adalah pengkarya ‘independent’, segala aspek dari penghasilan lagu ke rakaman muzik video dan pemsaran musik kesemuanya dilakukan penuh teliti, dan walaupun berdepan dengan cabaran, kami berjaya mengharunginya bersama-sama dan juga bekerja mengikut jadual.
"Karya ini diilhamkan daripada sub-genre muzik elektronik house, yang terkenal pada awal 90-an dari UK dikenali sebagai ‘Garage’ atau singkatannya UKG. Beberapa artis terkenal yang membuat muzik Garage ialah Craig David, Jorja Smith dan Wiley untuk menamakan beberapa," katanya.

PILIHAN PEMBACA: Terpaksa Berdikari Semasa PKP, Zamaera: “Ketika Itu Saya Sedar Peranan Ibu Sangat Besar…”

Sebagai artis bebas yang tidak terikat di bawah mana-mana label pasti ada cabarannya tersendiri.
"Cabaran terbesar sebagai artis ‘independent’ setakat ini adalah membentuk sebuah pasukan yang jitu, kerana dengan pelbagai projek yang mendatang saya tidak menang tangan.
"Buat masa sekarang, saya hanya bekerja dengan para profesional berdasarkan sesebuah projek, tapi tidak berpanjangan. Saya seorang yang sangat mudah menyesuaikan diri tetapi apabila ia berkaitan dengan team saya, saya perlu sangat yakin dengan siapa saya mengamanahkan kerja saya. Walaupun prosesnya mungkin lebih lama, ia benar-benar berbaloi," ujarnya.
Pelancaran muzik video premiere party ‘Big Fish’ rasmi yang disampaikan oleh VSC akan berlangsung pada 24 Februari di lokasi rahsia dan menampilkan 6 artis tempatan.
Acara ini adalah melalui jemputan sahaja namun peminat boleh berpeluang memenangi tiket melalui pengumuman khas di media sosial Zamaera dan Daaliah.
Lagu ‘BIG FISH’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar mulai 16 Februari ini melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music, manakala MV boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Zamaera mulai 25 Februari 2024.
‘BIG FISH’ tersedia untuk penstriman di semua platform penstriman digital seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music, YouTube Music dan lain-lain dan tersedia untuk dimuat turun di iTunes mulai 16 Februari 2024
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
Hiburan

Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"

gempak
20/07/2024
02:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, menafikan tuduhan 'membela' artis remaja Fikry Kiki.
Hiburan

Ryan Bakery Menangis Risaukan Anak Kena Jangkitan Kuman Dalam Darah - "Ini Ujian Untuk Kami Sekeluarga"

gempak
20/07/2024
00:58 MYT
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.