Hiburan
“Saya Rasa Seperti Semuanya Sudah Cukup ..” – Elfira Loy
Pelakon dan pengacara Elfira Loy mempersoalkan apa yang masih perlu dikecapi dalam kehidupannya.
Menurut Elfira, dia merasakan segala yang diingini sudah berjaya digenggamnya kerana sudah mula bekerja sejak umur 12 tahun.
Elfira bagaimanapun memberi peringatan kepada peminatnya supaya tidak menyuruhnya untuk menambah zuriat.
“Kadang-kadang saya melihat diri sendiri dan bertanya, apa sebenarnya yang tak cukup apa sebenarnya yang saya nak cari apa sebenarnya yang saya nak buat.
“Entah bagaimana, tidak ada jawapan untuk itu. Dari umur 12 tahun saya kerja.
“Saya merasa seperti semuanya sudah cukup. Cukup.
“Apa yang anda fikirkan? Apa yang patut saya letak dalam senarai 2020 saya? (Pasti bukan bayi lain okey),” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya memberi cadangan positif antaranya lebih menghabiskan masa bersama Allah dan melancong ke seluruh dunia.
Elfira mula aktif di industri hiburan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Must-Watch Video