"Saya Rasa Serba Salah Sangat" - 2 Jam Hafreez Adam Tunggu Azar Azmi Lambat Bangun Tidur
Amri Hassan
09/06/2021 04:50 MYT
09/06/2021 04:50 MYT
Pelakon Azar Azmi mengakui masih rasa bersalah terhadap Hafreez Adam yang terpaksa menunggu di set penggambaran drama Derita Untuk Bahagia selama hampir dua jam.
Mengakui kesalahannya itu, Azar, 32, berkata kelewatan yang tidak disengajakan itu berlaku disebabkan dia kesiangan gara-gara terlalu letih.
"Sampai ke hari ini saya masih ada rasa serba salah terhadap Hafreez. Ada sekali, saya terlajak tidur disebabkan badan terlalu letih dan terlewat sampai ke lokasi penggambaran.
"Kebetulan pula, waktu itu hanya nak rakam babak saya dengan Hafreez sahaja. Hampir dua jam juga Hafreez terpaksa tunggu saya di set.
"Memang saya mengaku itu salah saya tapi nasib baik juga Hafreez tak marah. Memang waktu itu, saya tak sedar sampai terbangun lewat," katanya kepada Gempak.
Kisah itu didedahkan Azar sendiri ketika sesi temu bual bersama media secara maya pada Selasa.
Dalam perkembangan sama, Azar, Hafreez Adam dan Amar Baharin digandingkan bersama dalam drama bersiri berjudul Derita Untuk Bahagia sudah mula ditayangkan sejak Isnin lalu.
Derita Untuk Bahagia mengisahkan kehidupan gadis yang rajin dan yang membesar dalam keadaan yang penuh dengan cabaran bernama Alisha.
Bapanya kaki pukul manakala ibunya membanting tulang membesarkannya. Alisha bijak dan pandai berdikari untuk mencari wang. Suatu hari Alisha dikejutkan apabila sedar yang dia bukanlah anak kandung ibunya.
Pergolakan berterusan apabila Alisha cuba mahu mencari keluarga kandungnya. Pertemuan Alisha dengan Danial dan Raif juga telah membibitkan situasi cinta tiga segi antara mereka semua, namun hubungan cinta Alisha ditentang sehingga dia menemui kebenaran.
Berjayakah Alisha menemui bahagia dan cinta selepas melalui kehidupan yang sukar, ditambah dengan masa silam keluarganya yang kini menghantuinya?
‘Derita Untuk Bahagia’ bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 7 Jun 2021 di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.