Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

"Saya Rasa Suara Saya Lemah Bila Nyanyi Lagu Balada" - Amylea

Asraf Aided
08/04/2019 11:18 MYT
Penyanyi berbakat, Amylea lebih selesa menyanyikan lagu genre pop berbanding genre lain.

Menurut Amylea, dia merasakan nyanyiannya agak lemah apabila menyanyikan lagu balada.

"Saya sangat selesa menyanyikan lagu genre pop, saya rasa ia bersesusaian dengan suara dan cara nyanyian saya.

"Saya rasa suara saya lemah apabila menyanyikan lagu balada, namun bukanlah bermaksud saya terus tidak akan menyanyi lagu-lagu balada," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Amylea juga mengatakan dia suka menyanyikan lagu yang diciptanya sendiri.

"Apabila menyanyi lagu yang ditulis atau dicipta oleh saya sendiri, saya rasa selesa dan suara saya bolehlah didengari," tambahnya lagi sambil tertawa.

Amylea kini tampil dengan single duet terbaru bersama Megat dengan lagu yang berjudul Tetap Kamu yang juga menjadi runut bunyi untuk drama rantaian Nur 2.

Lagu Tetap Kamu ini sudah berada di semua platform digital dan muzik videonya juga telah ditayangkan di YouTube mulai minggu lepas.
#Amylea
;