HIBURAN

“Saya Rasa Tidak Layak Untuk…” - Shahida Enggan Ulas Isu Perkahwinan Rozita Ibrahim

Ainun 28/02/2025 | 10:46 MYT

Isteri kepada usahawa terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi ibu mertuanya, Rozita Ibrahim bernikah lagi.

Menurut Shahida, dia menyifatkan dirinya bukanlah individu yang tepat untuk membuat perkongsian tentang berita tersebut.
"Sebenarnya saya tidak mahu ulas tentang hal ini kerana ia merupakan soal hal peribadi.

"Saya tidak menidakkan atau mengiyakan, kalau boleh biar tuan badan sendiri (ibu mentua) yang membuka cerita.

"Saya rasa tidak layak untuk bercerita soal ini kerana saya hanya sebagai menantu. Saya tidak boleh banyak bercakap kerana isu ini sangat sensitif," katanya kepada Gempak.
Shahida berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu raya dan muzik video Gen-Z yang diadakan di Getai @ A Quite Place, Bukit Bintang pada petang Jumaat.
Dalam pada itu, isteri usahawan itu turut memberitahu dia tidak menolak sekiranya ibu mentuanya memilih untuk berumah tangga semula.
Kata Shahida, sebagai anak mereka hanya mendoakan yang terbaik untuk ibu bapa mengecapi kebahagiaan mereka sendiri.
"Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ibu bapa sebab sebagai anak kita hanya mahukan yang terbaik untuk mereka.

"Sudah tentu kita mahukan ibu bapa kita gembira dan bahagia. Jika itu (perkahwinan) yang buatkan dia bahagia Alhamdulillah kita bersyukur," kongsinya.

Ditanya mengenai berita penceraian ibu mertuanya yang selama ini menjadi spekulasi ramai, Shahida turut enggan menjawab mengenai dakwaan berkenaan.
Sebelum ini, timbul spekulasi apabila sosok seorang lelaki muncul ketika Rozita melakukan sesi siaran langsung di Instagram bagi mempromosikan produk jualannya.
Kemunculan lelaki berkenaan mula menjadi tanda tanya netizen dan segelintir mereka mengucapkan tahniah kepada Rozita kerana sudah menemukan pengganti.
Tidak hanya itu, spekluasi tersebut dikuatkan lagi apabila Rebecca meninggalkan komen di hantaran tersebut dengan memanggil Rozita sebagai 'kakak iparku'.
Bagaimanapun, hantaran berkenaan sudah pun dipadamkan.
Sekadar info, usahawan Rozita Ibrahim menjadi perhatian netizen selepas didakwa telah berkahwin dengan seorang jejaka yang dipercayai abang kepada pelakon jelita, Rebecca Nur Islam.

#Kahwin #Menantu #Datin Seri Shahida #Rozita Ibrahim #Dakwa