"Saya Reda Ya Allah" - Tidak Dapat Tunai Umrah, Ini Luahan Diana Amir

Hanafis Haris
Februari 27, 2020 11:19 MYT
Pelakon dan pengacara Diana Amir meluahkan rasa kecewanya apabila dia dan keluarga tidak dapat menunaikan umrah pada minggu hadapan.
Luahan berkenaan dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya, baru-baru ini.
Menurut Diana, dia dan keluarga sepatutnya akan berangkat ke tanah suci pada 5 Mac ini, namun redha dengan keputusan Arab Saudi yang menyekat kemasukan jemaah susulan wabak COVID-19.
"Apapun perancangan Allah yang terbaik. Kami reda ya Allah," katanya ringkas sebagai kapsyen.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen mendoakan supaya urusan Diana dipermudahkan.
Untuk rekod, hari ini Arab Saudi telah menghentikan sementara kemasukan jemaah untuk memasuki negara itu bagi mengerjakan umrah.
Difahamkan, keputusan itu bertujuan untuk membendung jangkitan wabak COVID-19.
BACA: COVID-19 Makin Serius, Arab Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah!
#Diana Amir #Umrah #Covid19