Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Renungkan Setiap Teguran Yang Masuk” - Aina Abdul Mahu Cuba Yang Lebih Baik Selepas Ini

Izwan Isa
24/07/2023 23:50 MYT
Penyanyi Aina Abdul akhirnya membuka mulut susulan isu busana avant-garde yang digayakannya sempena acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35) yang berlangsung baru-baru ini.

Menerusi kemas kini ringkas di Instagram Story, Aina berkata, dia jarang sama sekali untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Namun, dia terpanggil untuk menulis tentang komen, kritikan serta segala teguran yang diterima baru-baru ini.



“Selalunya, saya jarang sekali luah isi hati. It’s always work here. Tetapi hari ini, untuk saya tulis sesuatu. Ya, saya nampak semua. Saya baca semua.

“Saya baca, saya telitikan semua. Saya renungkan setiap teguran yang masuk. Terima kasih kepada semua yang ambil berat, menegur untuk kebaikan, tinggalkan mesej dan komen yang membina dan baik. Saya sangat hargai dan alhamdulillah,” katanya.

Tidak hanya itu, Aina turut memberitahu yang dia akan cuba sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.

“Saya cuba yang lebih baik selepas ini ok?” katanya lagi.

Terdahulu, Aina meraih pelbagai reaksi mengenai pemilihan busananya yang dikatakan keterlaluan.

Selain itu, seorang pendakwah juga turut menggunakan gambar milik Aina dan menerangkan mengenai larangan mengenakan pakaian aneh di sisi Islam.

BACA: Naik Lori, Blazer Gergasi Empat Kaki & Bersiap Tiga Jam, Aina Abdul Paling Mega! Muncul Macam Met Gala

BACA: Wajah Tanpa Make Up & Fesyen Biasa Aina Abdul Sambut Aidiladha, Netizen Kata Love! “Natural Beauty, Simple Macam Ni Lagi Okay”​

#Fesyen #Aina Abdul
;