Berita

“Saya ‘Respect’ Pada Orang Islam Yang...”- Pandelela Pertama Kali Berpuasa

gempak
Syafiqah Jalal
27/04/2020
02:56 MYT
Sponsor Banner
“Saya ‘Respect’ Pada Orang Islam Yang...”- Pandelela Pertama Kali Berpuasa
Atlet penerjun negara, Pandelela Rinong akui pengalaman pertama berpuasa membuatkan dia rasa lebih hormat dan kagum dengan orang Islam yang menunaikan ibadah tersebut.
Menurut Pandelela dia berjaya berpuasa penuh selama sehari namun akui ia membuatkan dia merasai nikat kehausan sebenar.
“Pertama kali berpuasa penuh seharian membuatkan saya dapat merasai nikmat kehausan sebenar.
“Saya benar-benar respect kepada orang Islam yang berpuasa selama sebulan.
“Jika saya hanya baring tanpa melakukan apa-apa mungkin saya akan teruskan berpuasa tapi saya tak boleh. Lebih-lebih lagi saya melakukan senaman.
“Kagum dengan rakan atlet Islam saya yang berpuasa,” katanya.
Pandelela berkongsi pengalaman berpuasanya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia berkongsi video sedang minum segelas air.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata-rata memuji usahanya itu.
“Wah tahniah.
“Hargai usaha kamu...awak adalah contoh terbaik kepda semua.
“Kamu berpuasa sambil bersenam? Terbuata tiada siapa boleh melakukannya,” komen antara pengikutnya
Pandelela merupakan penerjun negara atlet wanita pertama negara yang memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik bagi acara terjun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live