Laman Utama
“Saya Rindu Abang” - Adam Pertama Kali Sambut Ulang Tahun Tanpa Kehadiran Ashraf Sinclair
Pengarah dan suami kepada Yuna, Adam Sinclair menyambut sambutan ulang tahun yang ke-36 tanpa abang tercinta, arwah Ashraf Sinclair.
Menerusi laman sosial Instagram, Adam memuat naik sekeping foto bersama Yuna dan Ashraf sebagai kenangan sambutan ulang tahunnya buat tatapan umum.
“Selamat hari jadi pada saya. Terima kasih kepada semua yang memberikan kasih sayang, saya amat menghargainya. Saya hargai awak Yuna, kerana melihat saya dengan mendalam. Awaklah cinta hati saya dan hidup saya dipenuhi cinta sejak awak ada.
“Dan saya hargai abang saya kerana menjadi hero saya, saya merindui abang,” tulisnya sebagai kapsyen.
Ibu Adam, Dida Sinclair turut sama memuat naik foto anak bongsunya ke laman sosial beserta ucapan ulang tahun.
Menurut Dida, inilah pertama kali Adam menyambut ulang tahun tanpa kehadiran abang tersayang.
Di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan ucapan ulang tahun dan pada masa yang sama mendoakan kesejahteraan arwah Ashraf.
Pada 18 Februari lalu, Ashraf dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Arwah telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.