gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Afdlin Balas Rafizi: 'Saya Pelawak, Tapi Dipilih Akar Umbi'
BERITA
Nahas FRU: Lori Pasir Alami Kegagalan Fungsi Stereng - Polis
BERITA
8 Anggota FRU Maut Nahas Dengan Lori Batu Di Teluk Intan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Saya Sambut Krismas Selama 30 Tahun Sebelum Berkahwin” - Marion Caunter

gempak
Asyikin Mayudin
27/12/2022
08:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Sambut Krismas Selama 30 Tahun Sebelum Berkahwin” - Marion Caunter
Masih meraikan sambutan perayaan Natal atau Krismas bersama keluarganya, selebriti dan sosialit Marion Caunter menerima kecaman netizen di laman sosial.
Menganggap Krismas sangat penting dalam hidupnya, Marion menerusi laman Instagram berkata dia sudah meraikan perayaan itu selama 30 tahun sebelum berkahwin dengan SM Nasarudin.
“Adakah anda seorang Muslim? Kenapa anda menyambut Krismas? Ya, kami adalah Muslim. Kami sambut Krismas sebab sudah meraikannya selama 30 tahun, sebelum saya berkahwin dengan Nasa, Krismas adalah sebahagian besar dan penting dalam hidup saya,” jelasnya.
Tambah Marion lagi, dia tetap mahu meneruskan tradisi tersebut bagi menghormati mendiang bapanya yang sentiasa memastikan mereka sekeluarga menyambut Krismas setiap tahun.
“Mendiang ayah saya memastikan kami sentiasa menyambut Krismas bersama setiap tahun. Ia sangat bermakna buatnya dan saya akan terus menghormatinya dengan meneruskan tradisi dengan anak-anak saya.
“Krismas merupakan dan akan sentiasa mengenai keluarga kepada saya. Tidak lebih, tidak kurang. Kami merindui awak, ayah. Hari ni dan setiap hari,” ujarnya.
Rata-rata netizen dan rakan selebriti itu turut simpati dengan Marion yang terpaksa memberi penjelasan perkara itu setiap tahun.
“Entah la benda gini sensitif. Nak cakap lebih, keluarga mentua sendiri sambut Krismas. Tapi orang tak faham, macam-macam kata, siap perli lari akidah la apa. Kita hanya menghormati sekadar ucapan atau kalau ada makan-makan dalam keluarga saja ke dengan tukar hadiah gitu saja.
“Islam ok kalau awak pergi berkumpul dengan keluarga anda untuk sambut Krismas. Islam mengajar untuk menghormati agama lain. Hormat kepercayaan ibu dan adik-beradik,” komen netizen.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
#Marion Caunter
#MARION
#Sambutan Krismas
#Marion Krismas
Must-Watch Video