Laman Utama

"Saya Sarankan Ban Penggunaan Lif Untuk Mereka Yang Muda-Muda" - Dr Rafidah

gempak
Amri Hassan
22/08/2022
03:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Sarankan Ban Penggunaan Lif Untuk Mereka Yang Muda-Muda" - Dr Rafidah
Kecoh baru-baru ini apabila ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan kemudahan lif di pusat beli-belah yang sentiasa penuh dan menyukarkan ibu bapa yang membawa bayi dan stroller.
Hal itu menarik perhatian Pakar Perunding Perubatan, Dr. Rafidah Abdullah, yang berpendapat pengusaha pusat beli-belah perlu mempertimbangkan larangan penggunaan lif bagi golongan tertentu untuk mengelakkan perkara sedemikian.
"Kepada semua pengusaha mall. Saya sarankan ‘ban’ (larang) penggunaan lif untuk mereka yang muda dan boleh berjalan.
"Hanya beri kemudahan kepada orang tua yang sakit, berkerusi roda serta ibu bapa yang mempunyai anak kecil atau stroller (kereta sorong)," ciapnya di Twitter.
Saran Rafidah, golongan lebih muda dinasihatkan agar menggunakan tangga atau eskalator demi gaya hidup lebih sihat.
"Lebih elok pakai tangga, bersenam, cegah penyakit," tambahnya.
Bagaimanapun, Rafidah memohon maaf seandainya penggunaan perkataan 'ban' telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
"Saya mohon maaf jika penggunaan perkataan 'ban' telah triggered ramai orang. Tapi ia hanyalah saranan saya. Saya menyokong sepenuhnya gaya hidup sihat.
"Tapi memang dah ada poster kan? Kenapa ya, tak ikut?" ciap Rafidah lagi.
Baru-baru ini, isu melibatkan penggunaan lif di pusat beli-belah menjadi tumpuan selepas seorang wanita yang membawa anak kecil meluahkan kekecewaan gara-gara penat menunggu giliran untuk menaiki lif di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.
Menerusi perkongsiannya di laman sosial @ameenazizul, dia memberitahu bahawa tiada seorang pun yang memberikan laluan kepadanya sehingga akhirnya dia terpaksa mengalah dan menggunakan eskalator.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live