Sejak kebelakangan ini, pelakon dan selebriti media sosial Zarina Anjoulie dilihat begitu bahagia dengan kekasih baharunya, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Kemesraan mereka boleh disaksikan menerusi beberapa perkongsian video di akaun TikTok yang dipercayai milik Khazrul.

Menerusi satu hantaran video, Zarina dan kekasihnya dilihat sedang berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah.

@abot_anjoulie #fyp sayang you dunia & akhirat #zarinaanjoulie ♬ Doaku Untukmu Sayang - Wali

Secara spontan, Khazrul berkata kepada Zarina: “Saya sayang awak dunia dan akhirat,” katanya.

Dalam masa sama, Zarina turut menunjukkan pilihan beberapa dress yang dipamerkan di beberapa kedai di pusat beli-belah berkenaan.

“No no no, kita beli tudung eh, kita beli tudung,” ujar Khazrul.

Menerusi hantaran video kedua, Khazrul menunjukkan rakaman Zarina yang sedang menggayakan busana muslimah yang lebih sopan.

“Shopping muslimah with my bonda and Anju. Yakinlah pada nikmat Allah sayang, rezeki pasti datang dengan luas kalau kita taat pada perintah Allah. Can’t wait we together,” katanya.

Meninjau ruangan komen, ramai yang ‘sejuk hati’ dengan apa yang dilakukan oleh Khazrul terhadap Zarina.

“Wanita akan dilayan umpama bidadari jika bertemu dengan lelaki yang tepat dan ikhlas menyayangi kita. Alhamdulillah Anju bertuah sangat.”

@abot_anjoulie #fyp #zarinaanjoulie ♬ Versace on the Floor - Bruno Mars

“Sayangi Anju dan bimbinglah Anju sebaik mungkin. Ia bukan hanya tentang pemakaian tapi cara handle semuanya bersama. Anju you look so pretty. Happy for you dear.”

“Alhamdulillah… Anju berhak untuk bahagia. Thanks Datuk kerana menghargai Anju.”

“Perempuan akan menjadi ratu bila bersama lelaki yang tepat.”

Terdahulu, menerusi laporan media tempatan, Zarina mengesahkan yang dia dan Khazrul sedang menjalinkan hubungan cinta.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.