Anggota kumpulan K Clique, MK membuat kejutan apabila akhirnya memuat naik gambar kekasih hati dikenali sebagai Siti Hajar.

Perkara itu dibuat MK MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan menerusi satu hantaran terbaru di Instagramnya.

Menerusi posting berkenaan MK turut menulis kapsyen ‘berbunga’ buat teman wanitanya itu.

MK juga dilihat turut menyertakan nama Instagram wanita tersebut sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi timbul.

“Minta maaf atas semua sayang.

“Terima kasih sebab masih sabar dengan saya. Saya sayang awak,” katanya.

Ucapan ‘sweet’ itu kemudian menarik perhatian netizen termasuk rakan-rakan artis lain.

Kebanyakan mereka dilihat agak terkejut namun pada masa sama gembira dengan pengumuman berkenaan.

Malah, ramai juga yang ‘patah hati’ apabila melihat gambar romantik yang dimuat naik MK.

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)