Hiburan

"Saya Sayang Awak Lebih Dari Awak Sayang..." – Sweet Sungguh Ucapan Sheila Rusly Sempena Hari Lahir Suami

gempak
Asraf Aided
08/01/2020
11:23 MYT
Sponsor Banner
"Saya Sayang Awak Lebih Dari Awak Sayang..." – Sweet Sungguh Ucapan Sheila Rusly Sempena Hari Lahir Suami
Penerbit, pelakon dan pengacara, Sheila Rusly menulis ucapan istimewa buat suaminya, Azman Haji Yahya atau Jinggo yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-54 hari ini.
Sheila berkongsi ucapan itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
"8.1.66 I sayang you babe, takda orang boleh sayang saya macam awak walaupun kadang-kadang saya stress, sebab saya sayang awak lebih dari awak sayang saya.
"Selamat hari lahir Tok Sidang," tulisnya sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari rakan artis dan para pengikut di ruangan komen.
Rata-rata mereka turut menulis ucapan hari lahir dan mendoakan kebaikan buat Jinggo.
Sekadar info, Sheila dan Jinggo mendirikan rumah tangga pada tahun 1995.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024